DesiranHati

Hati dan Akal Perlu DiSatukan

mat lori

hehehehe……………..famous gak la pada satu masa dlu dalam sembang sosial. laman yang banyak merubah corak hidup aku. pelbagai manusia aku ketemukan. pelbagai kerenah aku hadapai. tapi aku tewas pada seorang insan kerana kebaikan, ketabahan dan kemanjaannya. saban waktu kami menjadikan laman sembang sebagai wadah untuk berbicara. menghadapi liku-liku kehidupan ini yang penuh cabaran. dia seorang insan yang banyak diduga oleh allah. aku dijadikan tempat rujukan untuk meringankan segala beban dugaannya. aku ikhlas membantunya sehinggakan timbul perasaan sayang padanya. walaupun ketentuan hidupnya tidak pasti tapi aku pasrah. segalanya adalah ketentuan allah dan manusia hanya boleh meneka dan meramal apa yang akan berlaku. aku berjaya merubah kehidupannya dari diselubungi kekecewaan kepada seorang yang cekal dan tabah….ceria. ubat yang paling mujarab yang dapat ku berikan padanya. semua dugaan allah dapat ditempuhnya dengan penuh keyakinan yang pada aku amat hebat dugaannya bagi seorang perempuan yang sepertinya. ada kala dia terlampau lemah untuk menghadapi segalanya itu. kata-katanya sudah tidak bermaya. dia sudah letih dan tidak mampu untuk menghadapinya lagi. keikhlasan merupakan satu senjata yang ampuh dalam usaha untuk membantunya. hasilnya dia kembali tabah dengan bebanan tanggungjawab yang menimbun di bahunya.
HEBAT…………..kekuasaan allah mengatasi segalanya. KEAJAIBAN berlaku dalam hidupnya. keriangan kembali mengisi jiwanya…………dia ceria mengabarkan berita gembira itu kepadaku. aku menyambutnya dengan titisan air mata. ya allah…………..engkau maha mengetahui dan maha besar.
Walaupun keajaiban allah kurniakan kepadanya, tetapi allah tidak mengambil kembali dugaannya kepada hambanya itu………….dia terus diduga dan diduga……….sehingga dia kembali lemah.Akhirnya dia tewas dan kembali mengadap allah. aku amat menyesal sehingga ke hari ini kerana tidak dapat bercakap dengannya pada ketika dihujung nyawanya. janjinya yang dia akan menyanyangi ku sehingga ke akhir hayat telah ditetapinya. cuma tiada rezeki ku untuk mendengar suaranya buat kali terakhir. semuanya atas kehendakNya……………..sepanjang aku bersamanya…hanya sekali dia membuat aku amat terasa. aku maafkan kesalahannya. mungkin kesalahan itu tanpa disedarinya.
apa yang aku sedar……aku tidak pernah mengambil kesempatan terhadap dirinya. mungkin jiwaku bukan begitu walau dia pernah menawarkan kemewahan kepadaku. aku tidak diajar untuk mengambil kesempatan terhadap orang lain. aku percaya bahawa takdir allah akan melebihi segalanya. kehidupan aku tenang kerana keikhlasan berjaya mengatasi segalanya. dia pun sedar akan keikhlasanku menyebabkan dia menyerahkan kasih sayangnya padaku. biarlah kita tidak mewah asalkan kita ada pendirian…………allah tetap bersama orang-orang yang ikhlas dalam persahabatan. kenangan bersamanya masih segar difikiran…………….dan aku tidak mungkin melupakan memori bersamanya hingga akhir hayatku. hanya doa dan alfatihah sahaja yang mampu aku kirimkan kepadanya serta keluarga. aku anggap mereka seperti keluargaku dunia akhirat.
aku teringin untuk melihat gambar keluarga yang di ilhamkan olehnya walaupun aku sedar ianya adalah sukar untuk dipenuhi. aku juga ingin melihat mercu tanda kasihnya pada ku. KASIH *******.
A**** ku sayang. Rindu A***
Allahuakbar……………..

20 Mei 2014 Posted by | Uncategorized | Tinggalkan komen

Akuuuuuuu………………

aku masih juga begini. tidak banyak yang berubah. menempuh dugaan allah dengan tabah dan kadang kala aku tewas. bukan alasan manusia banyak kelemahan tapi kita x dapat mengawal diri. allah kurniakan akal untuk berfikir tp kadang kala gagal di manafaatkan. segala dugaan allah adalah untuk meningkatkan keimanan kita kepadanya. kita telah dipilih untuk menghadapi dugaan tersebut. dalam pada itu kita mencari keesaan allah. nikmatnya dapat kita kecapi sekiranya kita sabar dan tekun. jika kita anggap bahawa dugaan kita adalah berat, harus kita sedar bahawa ada orang lain yg lebih berat dugaannya yang allah berikan……. apa pun selagi nyawa di kandung badan, kehidupan harus diteruskan walaupun adakalanya perit. usahlah kita merungut dengan segalanya ini kerana ada rahmat disebaliknya.
rezeki manusia bukannya sama. ada yang allah anugerahkan kelebihan dan ada yang kekurangan. semuanya adalah rahmat allah. masing-masing ada tanggungjawab yang akan dihisab diakhirat nanti. percayalah……. dan kita harus sematkan didalam hati dengan seteguhnya bahawa segala adalah pinjaman. segalanya hak allah. kita hanya di beri pinjam…………. maka kita harus mentadbir urus dengan betul. jika allah memerlukan kembali haknya…….kita tidak ada daya untuk menghalang. kekesalan sudah tidak bererti lagi dikala itu.
apa pun allah telah menyempurnakan manusia sebagai sebaik-baik makhluk. ingatlah……………..

20 Mei 2014 Posted by | Uncategorized | Tinggalkan komen

SAHABAT

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).

Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
* Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
* Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

* Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

* Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

* Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.

* Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.

* Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

2 Mac 2014 Posted by | Uncategorized | | Tinggalkan komen

Rindu Ini

Aku masih merinduinya. Rinduku masih tebal terhadap dirinya. Setiap perkara yg melintasi fikiran ini akan membawa seribu kenangan bersamanya. Masih segar akan kata2nya………………………….Memori yg hanya tinggal kenangan.

1 September 2013 Posted by | Uncategorized | Tinggalkan komen

Seronok

Aku berasa sungguh seronok hari ini. Sempena Maulidur Rasul ni aku cuti la. Ada kesempatan belek2 fail lama lam komputer. Entah macamana aku terjumpa satu clip video. Buka la……………rupa2nya fail video org yg aku syg n rindu selama ini. Terubat juga hati ini. Berulangkali aku menontonnya. Rindu dgn muncengnya……………………always miss u syg.

25 Januari 2013 Posted by | Uncategorized | 1 Komen

Selamat Hari Jadi

Selamat hari jadi untuk Adli Nuqman. Semoga dirahmati Allah.

d mana kau Idah.

14 Januari 2013 Posted by | Uncategorized | Tinggalkan komen

14122012

Tarikh keramat yang tidak mungkin aku lupakan hingga akhir hayat. Tarikh ini menunjukkan genapnya 3 tahun kau meninggalkan aku buat selamanya. Tapi kenangan bersamamu tetap segar difikiran dan tidak mungkin dimamah usia. Aku masih merinduimu. Apakan daya aku hanya mampu mendoakanmu dan keluargamu yang telah pergi agar dirahmati Allah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin

16 Disember 2012 Posted by | Uncategorized | Tinggalkan komen

Kenangan

Kenangan bersamamu kembali menghantui. Aku tetap merinduimu walaupun dah hampir 3 tahun kau meninggalkan ku. Tapi semuanya masih segar diingatanku. Akan ku kenangmu sehingga akhir hayat ini. Sifatmu sering bermain diingatan. Kebaikanmu, kemanjaanmu, sentiasa bermain difikiran. Membuatkan aku tersenyum sendiri. Kau tinggalkan segala suka duka mu untuk ku kenang dan jadikan tauladan. Ketabahan mu membuatkan aku kuat. Kelembutanmu membuatkan aku menjadi tabah. Kau tetap dihatiku…………………………tq syg.

17 November 2012 Posted by | Uncategorized | Tinggalkan komen

Keinginannya

Aqil

Antara keinginannya dan aku dalam mempunyai sebuah keluarga bahagia. Hasrat kami tidak kesampaian. Aku redha dengan ujianNya. Senang untuk diingat. Kalau dalam dewan peperiksaan akan duduk di depan. Itu antara kata2nya………

 

 

3 September 2012 Posted by | Uncategorized | Tinggalkan komen

Ramadan

Ramadan datang lagi menjengah. Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk kita beribadat di dalam bulan yang penuh kerahmatan ini. Oleh itu bagi kita yang ada kesempatan berada di bulan ini, maka rebutlah peluang yang terhidang untuk mendapat kerahmatanNya.

Bagi aku kedatangan Ramadan pada setiap tahun akan mengimbau kenangan duka dan gembira yang bercampur baur. Insan yang paling sibuk dalam bulan Ramadan dah tiada lagi. Kerenah dan keletahnya sudah berlalu. Dialah yang paling sibuk dalam bulan Ramadan untuk menyiapkan juadah berbuka. Hehehehe.

Lps balik kerja, dia akan ke pasar untuk membeli kelengkapan untuk memasak. Adik bongsunya selalu ada menu untuk dimakan. Sebagai kakak, dia akan pastikan selera adiknya dipenuhi walau bagaimana susahnya. Dengan telepon ditangan, dia boleh pergi membeli barang keperluan. Sambil itu dia akan bertanya, ” Abg nk makan apa berbuka nanti?. Liah masakkan ” Goreng pisang lembik (kegemaran aku dan dia) Hehehehehehe………………………. Adakalanya dia akan cakap, ” abg liah nk berbuka dengan xxxxxx. Tolong hantarkan”. Mcm dekat.

” abg, liah dah siap masak. cepat datang…………………..” 

Kadang kala dia ckp “Arini liah makeup cantik2″ Aku faham maksudnya dan kami akan ketawa bersama. Waktu pulang kerja nak aku tunggunya. Siap cakap ” Jgn lambat……………………..” Hahahaha……………

Namun segalanya itu sudah menjadi kenangan yang tak mungkin aku lupakan sehingga ke penghujung hayat. Masih segar ditelinga ini dengan suara manjanya.

Aku merinduinya selalu………………………

 

 

28 Julai 2012 Posted by | Uncategorized | Tinggalkan komen