DesiranHati

Hati dan Akal Perlu DiSatukan

WAJAH KEJUJURAN

Tahukah saudara sebenarnya hanya dengan menatap wajah seseorang ketika di dalam keadaan minda bawah sedar, kita boleh memberikan/menerima mesej kepada/daripada tuan empunya wajah tersebut?

Sejak kecil saya suka menatap orang yang saya sayang iaitu ayah dan ibu semasa mereka tidur. Melihat wajah mereka sedang tidur cukup memberikan keinsafan kepada diri saya.

Kini setiap malam saya menatap wajah dua orang yang saya sayang ketika mereka sedang tidur, Isteri dan anak. Saya akan menatap wajah mereka berdua sepuas-puasnya sambil berfikir, adakah harapan untuk aku melihat wajah mereka lagi pada hari esok?

***
Melihat wajah-wajah orang yang kita sayang merupakan salah satu cara untuk membangunkan semula rasa cinta kita kepada mereka. Getaran cinta dari wajah mereka cukup jujur ketika tidur. Ekspresi mereka ketika tidur merupakan ekspresi sebenar perasaan mereka ketika itu. Kegembiraan, kebahagiaan, kesedihan, keletihan, kekusutan dan sebagainya jelas kelihatan di wajah mereka ketika ini. Sangat jujur kelihatannya.

Dahulu semasa arwah ayah masih ada, saya pasti akan menitiskan air mata melihat wajah ayah ketika tidur. Wajah tua yang menggambarkan betapa sukarnya arwah ayah meniti kehidupannya membesarkan anak-anak yang berjumlah seramai 10 orang. Hanya bekerja sebagai penoreh getah dan mengambil upah meracun ladang, jelas kelihatan hari-hari yang dilalui oleh ayah cukup payah.

Raut wajahnya ketika tidur mampu menceritakan segala-gala apa yang ada di dalam hatinya. Getaran frekuensi jiwa mereka mampu menggetarkan jiwa sesiapa yang menatap wajah mereka.

Melihat wajah ibu ketika tidur membayangkan segala pengorbanan ibu kepada kita. Ibu seolah-olah pesuruh dan kita adalah raja ketika kita kecil. Banyak kemahuan kita yang diikuti oleh ibu walaupun banyak kemahuan ibu yang kita tidak turuti. Wajah ibu ketika tidur benar-benar mengungkapkan kejujuran pengorbanannya. cukup menginsafkan diri kita.

Wajah isteri ketika tidur menggambarkan betapa jujurnya beliau hidup bersama-sama dengan kita. Saya akan menangis semasa menatap wajah isteri ketika tidur jika ada perselisihan faham dengan isteri sebelum beliau tidur. Wajahnya menggambarkan hati lembut yang telah diguris [isteri tidak mengetahui hal ini]. Semangat kasih dan sayang pada isteri akan meningkat semula jika menatap wajah mereka sedang tidur.

Wajah anak ketika tidur cukup membahagiakan. Wajah mereka merupakan wajah pengharapan. Mengharapkan kasih sayang akan terus diberikan kepada mereka. Jika mereka dimarahi sebelum tidur, terselah wajah kesedihan dan juga kadang-kadang terlihat wajah kemaafan dari mereka.

***
Renung dan tataplah wajah orang-orang yang kita sayang. Wajah-wajah ini memberikan getaran perasaan yang dapat menelusi jiwa kita. Seolah-olah mereka memberikan mesej terpendam mereka kepada kita yang selama ini mereka diamkan demi untuk menjaga hati kita.

Wajah-wajah mereka ketika tidur memberitahu kita kejujuran pengorbanan yang mereka berikan demi untuk kebahagiaan kita. Wajah-wajah ini mengingatkan kita kenangan-kenangan kita bersama mereka.

Maha Suci Allah yang memberikan kejujuran perasaan ketika tidur melalui wajah kita.

Dan akhirnya, ingatlah bagaimana rasanya jika kita tidak dapat lagi melihat wajah-wajah mereka di hari yang mendatang. Kita tidak lagi mampu menatap wajah yang mengungkapkan perasaan dengan penuh kejujuran.

3 November 2009 - Posted by | Uncategorized |

1 Komen »

  1. wajah kejujuran aku pernah nampak pada org yang aku sayang. betapa mereka harapkan kita.kejujuran dan keikhlasan terpancar pada wajah mereka

    Komen oleh melody | 13 November 2009 | Balas


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: