DesiranHati

Hati dan Akal Perlu DiSatukan

Perasaan Ini

sudah lama aku tidak menjenguk blog ini………..blog yang satu ketika dahulu aku gunakan untuk menumpahkan kasih dan sayang aku pada insan yang tersayang………entah la.aku terasa amat terharu mengenagkan apa yang telah berlaku.suatu ketika dahulu, blog ini dapat menyampaikan seribu satu rasa hati kepadanya………tapi kini peranannya dirasakan tiada lagi.
entah kenapa aku terpanggil untuk mencoretkan sesuatu didadanya.mungkin atas rasa kerinduan yang amat sangat……….aku x mampu untuk menipu diri dan perasaan ini.perasaan rindu padanya……..kasih dan sayang ku padanya masih segar dan x mungkin akan terkulai layu.biar pun dia telah pergi buat selamanya tetapi pada kehidupan yang baru aku pasti akan bersamanya juga………hati dan fikiran ini sentiasa terarah kepadanya……kenangan manis bersamanya tetap bermain dibenak ini………sukar untuk dipadamkan.
kekadang tanpa aku sedar, namanya terkeluar dari mulut ini………ia, kala ini aku sedang dalamun perasaan bersamanya. setiap detik kami isi dengan sebaiknya.menjalin kemesraan yang ikhlas bersama.tp kini tiada lagi.
apakah aku sudah buta pada kehidupan mendatang.mungkin tiada siapa yang akan memahami perasaan diri ini.aku merindui kasih sayangnya……….kasih sayang yg lahir dari perasaan yang ikhlas dan tulus.tidak disaluti perasaan kepura-puraan.kenikmatannya amat menikam kalbu.
tp disebalik semuanya itu, aku reda, ketentuan qada dan qadar tuhan. walaupun hanya sementara, kenikmatan cinta yang lahir dari perasaan yang ikhlas amat indah.aku bertuah dapat menikmatinya walaupun hanya sekejap……….ibarat mimpi yang indah akan lenyap dengan begitu sahaja.aku hanya mampu tersenyum bila mengenangkan keindahan tersebut………..apakah aku berpeluang untuk menikmatinya lagi, atau pun hanya sekali dalam hidup…………aku reda.aku akan tetap menyayanginya.semoga dia bersama-sama org yang mendapat rahmat allah.amin

5 Mac 2010 - Posted by | Uncategorized

1 Komen »

  1. abang sabar………

    Komen oleh ila | 5 Mac 2010 | Balas


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: