DesiranHati

Hati dan Akal Perlu DiSatukan

KEBAIKAN MANUSIA

manusia diciptakan oleh tuhan sebagai suatu makhluk yang paling sempurna,dikurniakan olehNya otak yang mengawal segala perlakuan manusia.tapi harus diingat bahawa tuhan juga membekalkan manusia dengan sekeping hati.dari hati inilah lahirnya segala perkara yang baik juga yang tidak baik.oleh itu kita harus menjadikan otak sebagai penentu dalam segala tindak tanduk kita.
jika diikutkan hati maka punahlah segala keperibadian manusia………….sememangnya agak sukar untuk mengawal hati ini.tetapi kesedaran yang tinggi akan mengatasi segalanya.kita harus sedar akan diri kita ini.kita dijadikan oleh Allah sebagai khalifah dia atas muka bumi ini.oleh itu kita harus menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.
mengapa harus kita gadaikan ketinggian darjah manusia disebabkan oleh sekeping hati?hinanya manusia adalah kerana perbuatan sendiri, tanpa menggunakan otak yang dikurniakan oleh Allah. sanggup melakukan pelbagai perkara demi untuk memenuhi permintaan sekeping hati. kita tidak lagi mengenal saudara mara,sahabat handai dan jiran tetangga, asalkan hati puas…….
apa yang kita tidak sedari bahawa segala perbuatan baik kita akan dinilai oleh Allah dengan seadil2nya.begitu juga dengan keburukan yang kita lakukan.Allah akan membalas segala perbuatan baik dan jahat kita samada di dunia atau di akhirat nanti.jangan kita sentiasa berkira dengan kebaikan yang telah kita lakukan.kebaikan yang kita lakukan untuk sesama manusia pasti akan mendapat hikmah disebaliknya.hubungan sesama manusia harus dipertahankan agar kewajipan kita selesai dan tidak akan disoal oleh Allah dikemudian hari nanti.
oleh itu sedari dan muhasabahkanlah diri kita.sedarkan diri kita tentang asal usul kita.juga kita reda dengan qada dan qadae tuhan kerana Allah amat mengetahui dengan apa yang berlaku………..

4 Mei 2010 - Posted by | Uncategorized |

Tiada komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: