DesiranHati

Hati dan Akal Perlu DiSatukan

I”M HAPPY

dah lama tak mencoret dilaman ini.mungkin kerana dia telah tiada.tanpa disedari dia telah lima bulan meninggalkan aku.aku sentiasa berdoa agar dia ditempatkan dalam golongan orang-orang yang mendapat rahmatNya.
aku seperti biasa melalui hari-hari yang mendatang dengan ditemani adiknya yang boleh membuat aku gembira dengan kerenahnya.macam-macam perkara kami bincangkan.aku tak kisah dengan apa yang dia luahkan dan aku akan cuba untuk membantunya jika dia mengalami sebarang masalah.aku harus membimbingnya ke jalan yang betul.mengajarnya erti kehidupan yang penuh dengan pelbagai karenah manusia……..dia harus bijak dalam menangani ranjau kehidupan yang sebenarnya.aku juga sedar bahawa ibubapanya telah menyemaikan didikan yang sempurna kepadanya.apa yang perlu,aku hanya membimbing agar dia lebih tabah menempuh kehidupan ini.
aku merasa gembira kerana aku seperti telah mengambil alih peranan kakaknya dalam usaha untuk mendidiknya agar menjadi insan yang sempurna.jadi seperti kakaknya yang sangat tabah dan penuh dengan sifat-sifat kemanusiaan.aku akan sentiasa bersedia untuk menjadi pendengar yang setia dalam semua urusan kehidupannya.insyaallah……….
aku faham situasi kehidupannya….tp aku akan berusaha untuk membuatkan dia sentiasa gembira untuk menempuh kehidupan ini.takdir kita adalah ketentuan allah.kita hambanya harus sentiasa reda dengan dugaanNya
dia seorang gadis yang baik…….dan aku perlu menjaganya dengan sebaik mungkin.itu amanahh yang aku terima……….akan aku pikul sehingga dia ada seseorang yang akan menjaganya nanti.orang itu haruslah bertanggungjawab,baik dan mempunyai sifat2 kemanusiaan yang tinggi.dia harus mendapat kebahgiaan yang sepenuhnya dalam kehidupan ini.maka di kala itu aku akan pergi untuk meneruskan hidup ini.meneruskan sisa2 kehidupan ini…………………..

25 Mei 2010 - Posted by | Uncategorized |

1 Komen »

  1. bang, jgn pergi dr hidup ila…sampai bila bila biar abang bersama ila….

    Komen oleh ila | 26 Mei 2010 | Balas


Tinggalkan Jawapan kepada ila Batal balasan