DesiranHati

Hati dan Akal Perlu DiSatukan

DUGAAN LAGI

Dah lama aku tidak mencoret di sini. Mungkin ketandusan idea atau sebagainya. Tak mengapalah kerana mungkin idea akan datang pada masa-masa tertentu………..
Aku dikejutkan lagi dengan berita yang tak pernah aku sangka akan kembali terjadi………ila mengidap penyakit yang membuat aku jadi takut dan bimbang. Mengapa ini harus terjadi pada keluarga yang sama. Aku harus melaluinya lagi bersama insan yang aku sayang. Walaupun dulu aku telah melalui segalanya juga dengan orang yang aku sayang. Kini perkara yang sama berulang kembali………
Sebenarnya aku tidak dapat menerima segalanya ini. Sudah puas aku berada dalam keadaan ketakutan semasa bersama Liah dahulu. Apa yang ditanggung oleh Liah dahulu aku pun turut sama merasainya. Susah payahnya menghadapi penyakit yang dihidapinya turut aku rasai. Setiap pagi aku akan bertanyakan khabarnya…….mengawal pergerakannya agar tidak terlalu terdedah kepada faktor-faktor yang membuatkan dia tertekan dengan penyakitnya. Aku juga turut study tentang penyakit yang Liah hidapi……….sedikit sebanyak aku tahu dan dapat membantunya menanggung semuanya itu. Aku dapat berbincang tentang perkara itu dengannya.
Kini Ila plak……….Aku harus menerima ini dengan penuh kesabaran. Akan aku hadapinya bersama. Biarlah pengajaran dan pengalaman masa lalu mengajar aku terus membantu dan menguatkan semangatnya untuk menempuhi segala ketentuan Allah ini. Allah sebenarnya memilih dikalangan hambanya untuk menduga tahap keimanan seseorang. Aku tahu Ila juga tabah dalam menghadapi semuanya ini. Ila, abg berjanji akan bersama Ila untuk menempuhi dugaan ini. Abg faham perasaan Ila……..
Ila……….sebenarnya abg tidak mahu orang-orang yang abg sayangi menghadapi apa2 pun penyakit. Biar abg yang sakit x mengapa. abg doakan ila akan sentiasa dirahmati allah. abg bersimpati dengan apa yg ila lalui dan abg akan sentiasa bersama ila. percayalah……………………..

30 Julai 2010 - Posted by | Uncategorized |

1 Komen »

  1. Thanks abang.jangan pikir yang bukan bukan. doakan untuk ila ek.

    Komen oleh aidila | 30 Julai 2010 | Balas


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: