DesiranHati

Hati dan Akal Perlu DiSatukan

Ketentuan.

Sebagai manusia sering menghadapi kehidupan ini berdasarkan keinginan dan perancangan sendiri. Sudah tentu segala yang baik-baik dan indah menjadi idaman dan sentiasa terselit dihati. Keindahan hidup ini sering menjadi buruan setiap insan didunia ini. Tapi segalanya itu tidak seindah yang diharapkan. Ini kerana ada KETENTUAN bagi setiap insan yang hidup didunia ini.

Ketentuan ini telah ditetapkan oleh Allah pada setiap manusia. Ada yang mendapat ketentuan yang baik dan ada yang sebaliknya. Maka kita harus percaya kepada qada dan qadar Allah. Kita harus terima dengan penuh keimanan di hati. Adalah diakui kekadang kita sukar untuk menerima ketentuan ini. Kita juga sering mempersoalkan ketentuan tersebut. Ini sudah menjadi lumrah manusia kerana ketentuan tersebut telah meragut impian dan perancangannya.

Harus kita fikirkan bahawa Allah tidak bersifat manusia. Segala ketentuan ini berlaku atas kehendaknya. Mungkin ada hikmah disebaliknya atau untuk menguji keimanan insan terhadap Allah. Ketentuan ini sudah tertulis untuk kita dan akan  berlaku apabila sampai waktunya.

Oleh itu jika kita terlibat dalam ketentuan ini, maka haruslah kita mencongak kembali dengan akal yang waras terhadap qada dan qadar Allah. Fikirkan kembali mengapa ini berlaku kepada kita. Apakah hikmah disebaliknya? Banyak yang harus kita fikirkan sebagai seorang Islam yang beriman. Nescaya kita akan faham dengan apa yang berlaku pada diri kita dan sabar menerima ketentuan tersebut. Terlalu banyak ketentuan Allah dalam pelbagai bentuk kepada hambanya.

Oleh itu sentiasalah kita berfikir dengan keimanan dan sentiasalah bersyukur kepadaNya. Kita adalah hambaNya.

 

9 Januari 2012 - Posted by | Kewajipan

Tiada komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: