DesiranHati

Hati dan Akal Perlu DiSatukan

Coret-coret

Sudah lama aku tidak mencoret sesuatu dihalaman ini. Tak ada idea untuk dikongsi. Aku masij seperti dahulu. Menjalani hidup seperti biasa. Aku masih dibuai kenangan bersama orang yang disayangi. Wakaupun dia telah tiada, aku tetap mengingatinya dan sentiasa bersedekah kepadanya serta keluarga.

Apa yang aku pasti, aku tidak dapat melarikan diri untuk menolong orang yang memerlukan. Ada sahaja yang datang kepada ku menceritakan masalah mereka. Seolah-olah ada kuasa yang mendorong mereka datang kepada ku. Aku sememangnya senang kasihan kepada sesiapa pun. Aku akan tolong mereka sedaya yang mampu.  Macam-macam masalah manusia ini rupanya.  Kalau melibatkan wang ringgit tu tak daya lah aku untuk menolong seperti yang diharapkan. Aku taklah ada banyak wang ringgit. Tapi aku reda kerana mungkin wang yang aku beri itu adalah rezeki mereka yang Allah berikan melalui aku. Ikhlas je lah. Kalau nasihat, tunjuk ajar dan sebagainya dapatlah aku berikan dengan sebaiknya.

Aku akan tetap menolong sesiapa sahaja. Kerana dengan itu sahajalah aku dapat mengeratkan hubungan sesama manusia. Aku percaya suatu hari nanti Allah juga akan menolong kita. Buat baik dibalas baik. Buat jahat jangan sekali. Kita hanya menumpanng di muka bumi Allah ini. Hanya sekejap dan akan kembali ke alam fana.

 

25 Mac 2012 Posted by | Uncategorized | Tinggalkan komen