DesiranHati

Hati dan Akal Perlu DiSatukan

SAKAT LG.

ari ni mcm biasa.tetap gak boring.phone suma off.nk ileks. agenda tetap sama.kacau org…………hahahahaha….
ari ni kacau kat kaunter perkhidmatann plak. g buat urusan kat kaunter……..gadis cantik. tp x pakai tudung..spoil.lawa ada jgk…….tudung tarak…….elek. dok buat urusan kat ctu, ada sowang budak lelaki kawan sekerja dak pompuan tu kot. nk ramah la konon. “abg dh cuti raya ke”
kita tanya dia, “awk tau ke saya ni kerja”,……dak tu ckp”tgk pada gaya la”
kita cakap pd dia, “saya x da kerja pon. dok saja je”……..buat2 serius.jawab bdk tu.”huh…abg x keja ada duit, seronok la”………kita ckp ngan dia………..”ko nk jd mcm saya ka”……….dak tu jawab,”nk bang, camna”…………xxxxxx
tak semena-mena, dak pompuan td tulis no hp dia kat kertas dan ckp” abg kalau ada pa hal leh call saya” kita senyum je………..pastu tanya dia….”call awk x kena duit ka?”………hahahahaha……..sian dak pompuan tu.pastu kt ckp……”nanti abg call yer?” senyum sampai tingga………hahahahahaha……..
pastuu kita p kopitiam………..kt lak yg kena. masa jalan nk ke kopitiam tu……..ada satu awek dok tgk kt………….mcm kenai la plak dia tgk kt. renung semcm je. kt dh jd x tentu arah………kt x kenai dak tu. lantak la………kt jln cpt2, cari kedai yg ada cermin. tgk kot ada yg x betoi pd diri kt. suma ok………….adeh..buat org gelabah je…………hahahahaha……kacau org lg……..

27 November 2009 Posted by | Uncategorized | | 2 Komen

TATAU NK BUAT APA

ari ni aku tatau nk wat pa.aku mulalah jd gila2.aku p supermarket……cari barang makan. bila dah siap suma aku cari. aku pun soronglah troli ke kaunter untuk membayarnya. budak pompuan kat kaunter tu pun scan lah tanda harga. bila dh siap, dia pun ckp jumlahnya…..aku wat bodo je. kuarkan duit sikit je. aku ckp duit x cukup………..boleh tawar ke. budak kat cashier tu dah glabah. mana leh tawar bang. aku ckp kat kedai cina luar tu bleh tawar, saipa kat cni x bleh. dia semakin gelabah………x bleh la mcm ni bang…………abg kena bayar ikut harga tu. aku ckp bg la kurang ckit……duit x da ni. suma org tgk aku. aku wat bodo je. mesti org ckp aku ni gila pa minta tawar kat supermarket……….kat ctu dah Q, ramai org nk byar. at last aku pun bayar. lega rasanya budak tu. hahahahahahah
tak da kejer…………….

25 November 2009 Posted by | Uncategorized | | 1 Komen

TANGGUNGJAWAB

hidup manusia di atas muka bimu allah ini bukan sekadar untuk menghabiskan sisa2 kehidupan sahaja tetapi harus menjalankan tanggungjawab sesama insan yang lain. menjadi khalifah kepada seluruh umat manusia. itu sebenarnya tanggungjawab dan tugas manusia. sesiapa yg lupa harus diingatkan.jgn memerlukan pertolongan haruslah ditolong, dengan ikhlas.suma ini nescaya akan mendapat ganjaran dari Allah. jgn kita kedekut untuk memberi pertolongan kepada sesama manusia.
oleh itu jangan dipersoalkan kemahuan insan lain untuk membantu.itu hanya kerana ingin menjalankan tanggungjawab sesama insan sahaja.
begitu juga dengan kita.kita hanya ingin membantu untuk menyelesaikan masalah yg dihadapi.memberi saranan kepada tindakan yang perlu diambil.
kita tidak pernah meminta balasan dengan apa yg kita telah berikan.kita pun dah lupa dengan apa yg kita dh buat.ini kerana kt tidak mahu jaadikan itu sebagai alasan kita telah berbuat baik dgn org.kita hanya akan merasa dihargai kalau apa yg kita sarankan itu diterima dan diguna pakai.kita juga merasa bangga kalau masalah dapat d selesaikan.itu sudah cukup bagi diri ini.
sekiranya tak dapat d selesaikan maka kita akan terus berfikir untuk mencari jalan bagi menyelesaikannya.tuhan itu adil dan sentiasa memberi kita daya pemikiran untuk tujuan yang baik.
jangan sesekali menganggap bahawa segala masalah dan kejadian yang berlaku itu merupakan beban bg kita.kt x pernah menganggap sedemikian pun.malah kt suka sebab ada insan yang masih memerlukan kt dalam masa kesusahan.selagi kita dperlukan,kita akan terus membantu.
mungkin juga ini adalah amanah tuhan. kt tau hati awk mcmana.adalah tidak adil untuk kita menghukum awk dengan apa yg telah berlaku.kt tau isi hati awk.lg pun kt x sampai hati meninggalkan awk dalam keadaan awk mengalami pelbagai masalah.
cuma satu sahaja yg ingin kt pinya,jgn diungkit tentang apa yg kita dh buat.ttg pertolongan yg kt beri. suma itu hanya seperti debu di pdg pasir.pertolongan serta bantuan yang tidak membawa apa2 makna.hanya pertolongan kecil sahaja.
kt juga meminta supaya tlg bercakap benar tentang apa yh perlu. itu sahaja yg kt perlukan

24 November 2009 Posted by | Uncategorized | | 1 Komen

HATI

aku terus d selebungi rasa kosong.hari2 yg dilalui semuanya kosong.apa yg aku cuba cari masih lagi gagal untuk d perolehi. entahlah mungkin aku ni masih mengharap dan terus mengharap……….atau aku berdepan dgn bayang2 yang menyerupai. hanya boleh d lihat tidak untuk disentuh apa lg memiliki………..mungkin juga mimpi……….
adakah aku masih d landasan kenyataan.tp aku yakin aku masih dalam sedar. aku cuba untuk membaiki luka. tp ubatnya amat pedih untuk ku tahan.biarlah..mungkin luka akan baik dengan semdiri.semuanya dengan kuasa Allah……….tp aku bersyukur, aku masih dpt berdiri dengan baik tanpa perlu disokong oleh sesiapa………..
mungkin telah menjadi lumrah…..aku ibarat badut yg hanya menghiburkan org tp sebaliknya tiada siapa yg tahu…………….aku pasrah.

20 November 2009 Posted by | Uncategorized | | 2 Komen

AKU

aku ni susah sikit orn nak faham.kalau setakat sekali tgk mesti kata aku jenis sombong. ye lah, aku bukan senang nk berborak dengan org kecuali bila aku tgk dia tu semcm aku gak.kalau yang jenis eksyen,sombong tu, minta maaf la.
kalau org yang dah mula kenal aku, dia akan faham la jiwa aku mcmana. dia akan terima apa sebab sikap aku sebelumnya. aku ni jenis yang x tau nk belagak……..main mana dan je.pakai pun kira tutup aurat je,,,,,,,hahahahahaha. x pakai kopiah la…………blom masa lg kot.hahahahahahahaha…………………..
kalau dah kenai aku………..tau la depa mcmana aku………jenis x kisah.hantam je

aku ni plak jenis yang x boleh kesunyian……….sejak dari dulu lg. mesti ada kawan.kalau p mana pun kena ada kawan.x reti nak p sorang.so……..aku agak pemalu.kalau p makan mesti ada teman. biar aku belanja x pa.nk mkn sorang2…….sori la.

kalau sunyi juga aku boleh buat mcm2 yang x terpikir oleh org lain.ada la org akan jadi magsa aku. temankan aku.

tu la………..org x cukop singgit pun bleh jd teman aku. mcm ari tu….aku dok makan sorang…ada sorang makcik mai dok kat meja aku makan. dia ni nk kata gila pun ckp ok je.kdg2 tu mcm x betol je…………lantak la.janji dia ckp melayu…aku faham. dia dok cerita kat aku yg umah dia kena pecah.abis brg dia kena curi…………dahsyat btol la pencuri nih.

dia dok panggil aku tuan. dia nk buat pembedahan mata. mata dia kelabu.x nampak sgt. tp yang heran, dlm mata dia kelabu tu, dia leh ckp aku handsome……….hahahahahaha……..tanya lak tu…awek ada ka. isk org tua nih………..nk jack aku la tuh. x palah.

dia kata x da duit nk makan,nk bli brg umah.aku bg la dia duit….dia amik msk lam bajunya. dah mkn aku pun nk balik. dlm dok jalan tu dia p chum ygn aku ….. aduh maluu oooooooo. org tua chum tgn org muda………….suma org tgk aku.aku buat bodo je…………mmg dr tadi suma org dok tgk aku dok melayan dia….lantak la.dia makhluk tuhan juga.dia pun x mau jd mcm tuh……….

aku pun msk lam kete…..dia mai kat tingkap……….tanya aku.”tuan, no keta tuan ada naik ka” aku ckp “dok naik tiap ari” hahahahaha……..aku kata kat dia, duit tu bli makanan bukan bli nombor………….kacau btol org tua nih…………apa nk buat.dugaan tuhan pd dia. aku pun blah mcm tu je………..aduhhhhh

16 November 2009 Posted by | Uncategorized | | 2 Komen

JANJIMU

engkau selalu membasahi bibir mu dengan ungkapan tanggungjawab terhadap adik-adik.seringkali aku mendengarnya.teruskanlah…..jadikan ia sebagai sebuah janji keramat yang perlu dipenuhi walau seberat mana dugaan yang harus ditempuhi.jgn jadikan apa yang berlaku sebagai alasan.mereka memerlukanmu pada setiap masa.menjadi penerang dan azimat untuk meneruskan tanggungjawab diatas muka bumi allah ini.kewajipan yang diwariskan kepadamu.jangan sia-siakan.kuatkan semangat……dan aku yakin kau dapat melalukannya dengan baik.aku tahu kemampuan dan keikhlasan mu.
teruskan……………..

8 November 2009 Posted by | Uncategorized | | 1 Komen

HAKIKAT KEHIDUPAN

Bagi seorang Muslim dia amat jelas daripada perkhabaran al Quran dan juga al Sunnah bahawa hakikat hidup dunia adalah satu perhentian untuk mencari bekal untuk satu kehidupan yang kekal abadi. Nak atau tak nak semua manusia akan menuju kepadanya.Dan semua manusia adalah sama, yang bezanya adalah sama ada dia tahu atau tidak hakikat ini dan apabila dia tahu yang bezanya pula adakah dia bersedia atau tidak untuk menghadapinya.

Kehidupan di dunia ini pada hakikatnya bukan tempat pembalasan sebenar walaupun kadangkala ia nampak macam dibalas baik mereka yang melakukan kebaikan dan dibalas buruk bagi mereka yang melakukan kejahatan. Hakikat sebenar hidup dunia ini adalah tempat ujian dan Allah menjadikan segala bentuk kenikmatan sebagai perhiasan untuk menguji manusia siapakah yang paling baik amalannya.

“Sesungguhnya Kami telah menjadikan segala apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka siapakah yang paling baik amalannya” (al Kahfi 7)

Perhiasan dan Ujian adalah dua perkara yang sinonim, untuk membezakan dan mengkategorikan siapa yang melaluinya. Ada manusia yang tenggelam di dalam perhiasan itu sehingga menyangka bahawa itulah hakikat kehidupan dan tidak ada kehidupan yang lain selainnya(hakikat mereka yang tidak beragama). Ada manusia yang mengetahui adanya kehidupan yang lain selepas ini tetapi tidak mengetahui jalan yang betul untuk menghadapi Ujian tersebut menyebabkan dia juga sesat di dalam Perhiasan itu(inilah hakikat hidup penganut agama selain Islam) . Ada pula manusia yang meyakini adanya kehidupan selepas mati dan mengetahui bahawa dunia ini adalah ujian Allah secara umum, tetapi tidak tahu bagaimana cara ditil yang selamat untuk berjaya menghadapi ujian tersebut( kebanyakan mukmin yang jahil tentang agama), mereka juga akan tenggelam dalam perhiasan yang amat menguji seseorang. Ada pula manusia yang mengetahui semuanya tentang hakikat tersebut tetapi dek kerana Perhiasan itu amat mengujanya dan dek kerana hakikat dirinya yang kalah dengan runtunan nafsu menyebabkan dia menyerah kepadanya( mukmin yg derhaka- ‘Asi -kepada Allah), dan ada pula di kalangan mereka yang tenggelam timbul sekali kalah, sekali menang dan itulah kebiasaan seorang mukmin… dalam berhadapan dengan nafsu dan syaitan…

Kehidupan Adalah Ujian…

Pada hakikatnya semua manusia seolah-olah berada di dalam dewan peperiksaan yang besar yang meliputi alam semesta. Tak kira dia itu seorang pemerintah atau rakyat jelata, seorang alim atau jahil, seorang kaya atau miskin, kesemuanya berada didalam dewan itu dan kesemuanya akan mendapat keputusan sama ada lulus atau gagal.Di sana ada pemerhati yang senentiasa mencatat setiap tingkah lakunya sama ada kecil atau besar :

” Tidak menutur satu kata-kata pun melainkan di sisinya Raqib dan Atid (yg mencatat segala-galanya)” Qaf:18

Begitu juga segala anggota badannya menjadi saksi di atas perbuatannya. Termasuk bumi tempat dia berpijak dan sesama manusia akan menjadi saksi antara satu sama lain dan akhirnya Allah Maha menyaksi atas segala sesuatu…

Tempuh…

Bermula daripada seseorang itu diTaklifkan (berakal dan cukup umur) sehinggalah ke saat kematiannya hakikatnya seorang itu berada di dalam peperiksaan. Bezanya kita dengan seorang pelajar, seorang pelajar mengetahui bila tempuh akhir ujian tersebut sedangkan manusia pada bila-bila masa sahaja loceng Izrail akan dibunyikan menandakan tamatnya tempuh ujian tersebut…

Andaikata seorang pelajar tidak diberitahu bila tempuh tamat ujian dan pada bila-bila masa saja kertas ujiannya akan dipungut nescaya dia akan menggunakan setiap saat serta akan memerahkan segala usahanya yang ada untuk menjawab soalan dengan betul dan tepat tanpa melengahkan dengan apa-apa yang tidak berkaitan dengannya. Begitulah halnya keadaan seorang Muslim apabila dia faham dan sedar tentang Hakikat kehidupan ini. Yang penting baginya adalah kejayaan… yang penting baginya lulus… tak kira apa bentuk soalannya dan berapa banyak yang akan ditanya serta senang atau susah soalannya… yang penting lulus dan jauh daripada kegagalan…

Peralatan ujian

Seorang pelajar peralatan ujiannya adalah pen, pemadam,serta diagihkan kepadanya kertas-kertas soalan dan disediakan kertas jawapannya. Adapun manusia peralatan ujiannya di alam buana ini adalah segala yang dimilikinya, tubuh badannya, masa dan umurnya, hartanya,ilmunya bahkan segala tenaga dan keupayaan yang dikurniakan kepadanya…Itulah peralatan yang digunakan untuk menjawab soalan dengan betul dan tepat…

Skop soalan

Ruang lingkup soalan yang manusia akan menghadapi dalam ujian hidupnya amat luas yang boleh kita simpulkan seperti berikut:

1- Segala perintah dan kefardhuan yang mesti dilakukan…

2- Segala larangan dan perkara yang haram yang mesti dijauhi..

3- Segala nikmat dan kurniaan yang wajib disyukuri… dan

4- Segala kesusahan dan kepayahan yang wajib bersabar dalam menghadapinya…

Kejayaan…

Orang yang akan berjaya hanyalah orang yang dirahmati oleh Allah yang mengikuti Petunjuk Nabi s.a.w. dalam menghadapi kesemuanya itu tanpa lemah atau melampau tanpa mengira daripada golongan mana dia datang. Jika dia daripada pemimpin atau pemerintah maka jawapan yang betul bagi kedudukannya ialah berlaku adil serta menghindarkan segala bentuk kezaliman terhadap mereka yang di bawah pinpinannya . Jika dia ditakdirkan kaya oleh Allah maka dia bersyukur dengan menafkahkan hartanya di jalan yang di tunjuki oleh Muhammad s.a.w. tanpa dipengaruhi sifat bakhil yang bersemi di jiwa. Jika dia Alim dan diberi ilmu oleh Allah dia amanah dengan ilmunya tanpa merasa takut dengan celaan orang yang mencela.Begitulah seterusnya jika dia ditakdirkan miskin atau susah maka jalan kejayaan bagi situasi ini adalah bersabar dengan apa yang dihadapinya serta berusaha mencari sebab dan musabbab untuk melepasi kepayahan itu.Jika berjaya keluar dari kesusahan itu kita bersyukur dan jika tidak kita terus bersabar dan redha dengan ketentuan Ilahi yang mungkin menginginkan KEJAYAAN bagi kita dalam bentuk sedemikian… ” Dan KEBAIKAN AKHIRAT ITU LEBIH BAIK DAN LEBIH KEKAL ABADI…” al A’la:17

Semoga kita semua berjaya di dalam menghadapi ujian ini yang tidak diketahui bilakah penghujungnya…

8 November 2009 Posted by | Uncategorized | | Tinggalkan komen

FADHILAT ZIKIR

SESUNGGUHNYA zikrullah adalah semulia-mulia ibadat, sebesar-besar cara mendekatkan diri kepada Allah, makanan roh dan sumber ketenangan hati orang yang beriman. Firman Allah dalam surah al-Ra’d ayat 28 yang bermaksud “Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram dengan mengingati Allah, ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang”.Allah memerintahkan kepada hamba-Nya memperbanyakkan zikir mengingati-Nya, manakala Rasulullah menggalakkannya kepada umat Islam menjadi amalan itu berkekalan.Dalam al-Quran dan hadis jelas menggambarkan kebesaran kesan zikir dan faedahnya. Ia boleh dilakukan sama ada secara bersendirian mahupun berjemaah atau berkumpulan, melalui lisan mahupun dengan hati. Dalam memperkatakan mengenai zikrullah dengan lisan atau hati, Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Azkar ada menyatakan bahawa ia adalah zikir yang paling afdhal. Ulang kali, menyebut sifat-sifatnya.Zikir dengan lisan adalah dengan menyebut nama Allah berulang kali, menyebut sifatnya atau melafazkan puji-pujian kepada-Nya. Zikir dengan hati pula ialah menghadirkan kebesaran, keagungan, kehebatan, kemuliaan dan kesempurnaan Allah di dalam diri dan jiwanya sehingga hati itu menjadi sentiasa sibuk dengan zikrullah.Ahli zikir adalah golongan manusia yang istimewa dan terkemuka. Pengiktirafan ini dianugerahkan sendiri oleh Allah melalui lisan Nabi Muhammad yang maksudnya “Telah majulah orang-orang yang istimewa, para sahabat bertanya, siapakah mereka yang istimewa itu wahai Rasulullah, jawab baginda, iaitu mereka yang banyak mengingati Allah sama ada lelaki mahupun wanita (Riwayat Muslim).Majlis zikir turut dikenali sebagai satu daripada taman syurga. Seseorang yang lidahnya sentiasa basah dengan mengingati Allah akan mendapat beberapa manfaat antaranya:Membersihkan hati daripada sifat mazmumahMelembutkan hati sehingga dapat melihat kebenaran yang datang daripada AllahMerasa betapa dekatnya diri dengan Allah sehingga apabila berhadapan dengan pelbagai musibah dan pergantungannya hanya kepada AllahMeningkatkan mutu amalan kepada AllahMemelihara diri daripada gangguan syaitan yang sentiasa mahu menyesatkan manusia daripada mengingati AllahMenjadi penawar kepada hati yang sering gundah gulana, keluh kesah dan tidak tenteramUcapan “La Ila Ha Ilallah” adalah ucapan zikir yang paling mulia. Seorang daripada Syeikh al-Azhar yang terkenal iaitu Syeikh Abdul Halim Mahmud pernah menyebut bahawa zikir ‘La Ila Ha Ilallah’, istighfar dan selawat ke atas Nabi adalah tiang aurad dan wirid para ahli sufi. Zikir ini adalah sebagai satu daripada wasilah ke arah penyucian diri. Mengerjakan solat termasuk dalam kategori zikrullah. Hal ini dijelaskan oleh Allah. Membaca al-Quran juga adalah zikir yang paling mulia kerana ia adalah kalam Allah atau kata-kata Allah. Maka apabila seseorang membaca al-Quran, dia sebenarnya menuturkan kata-kata Allah dan ia adalah gambaran betapa hampir dirinya dengan Allah. Sehubungan itu, seorang Muslim hendaklah membaca al-Quran setiap hari supaya hatinya tidak kosong tanpa roh.Apabila membacanya, maka dalam masa sama pembacanya akan mengingati Allah. Hujjatul Islam Imam al-Ghazali menyebut dalam bukunya Mukasyafah al-Qulub membaca al-Quran adalah satu daripada kaedah merawat kekalutan dan kekusutan jiwa.

6 November 2009 Posted by | Uncategorized | | Tinggalkan komen

JALAN KE NERAKA

1. Orang-orang yang tidak menjalankan tanggungjawab memberikan pelajaran agama Islam kepada ahlinya
2. Orang kaya yang bakhil
3. Peniaga yang penipu
4. Peminum arak
5. Mengada dan menyokong majlis-majlis maksiat
6. Berzina
7. Menipu, memakan harta anak yatim
8. Meringan-ringankan sembahyang
9. Tidak mengeluarkan zakat
10. Panjang angan-angan dan tidak bertaubat kepada Allah
11. Meninggalkan sembahyang
12. Derhaka kepada ibubapa
13. Berbuat fitnah
14. Suami dan ibubapa yang dayus
15. Dusta
16. Mendapat dan memakan harta yang haram
17. Sihir
18. Dengki/khianat
19. Melakukan apa yang diharamkan oleh Allah

Diriwayatkan ada seorang pemuda suatu ketika dahulu kerjanya mencuri kain kafan. Pada suatu hari, dia bertaubat dan bertanya kepada gurunya tentang hal keadaan mayat yang pernah ditemuinya ketika mencuri dahulu.

1. Mayat berpaling daripada arah kiblat: Guru itu menerangkan bahawa orang itu semasa hayatnya mempunyai kepercayaan yang salah
2. Semua kuku kaki dan tangannya mencengkam ke bumi : Iaitu pembalasan kepada orang yang membuat kesalahan kepada manusia
3. Mayat menjadi batu hitam : Derhaka kepada ibubapa
4. Perut menjadi besar dan buncit, penuh dengan ular dan berbau busuk : Balasan bagi peminum arak
5. Mengalir darah, nanah dan sebagainya melalui tiap-tiap liang dan lubang anggota serta berbau busuk lebih daripada bangkai : Semasa hidupnya berzina
6. Mayat bertukar rupa seekor babi : Tanda orang itu meninggalkan sembahyang
7. Cantik, senyum manis dan bau yang harum : Tanda keimanan orang itu semasa hidupnya

6 November 2009 Posted by | Uncategorized | | Tinggalkan komen

Mengatasi Tekanan Perasaan Mengikut Cara Islam

Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana.Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.
Tip Mengurangkan Tekanan

Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan kerja:-

* Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.

* Perbanyakkan membaca Al-Quran

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

* Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

* Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

* Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

* Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

* Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

* Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

* Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

* Cintai diri sendiri

“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.

3 November 2009 Posted by | Uncategorized | | Tinggalkan komen